Perak Hari Ini

Stadium Perak Boleh Digunakan Dalam 2 Minggu Lagi

IPOH: Kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di Stadium Perak sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018, kini berada di fasa yang terakhir dan dijangka akan dapat digunakan dalam masa dua minggu lagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, kos pengubahsuaian stadium yang menelan belanja RM20 juta itu melibatkan beberapa komponen fasiliti untuk keselesaan pemain serta penonton.

Jelasnya, selain kemudahan surau, sebanyak 29,000 kerusi penonton, turut dinaiktaraf supaya ianya lebih selesa dan dicat dengan warna yang beridentitikan negeri Perak.

“Jika dilihat berbanding dahulu, kini terdapat banyak penambahbaikkan yang kita lakukan di sini. Sebagai contoh, penambaikan kepada bilik persalinan pemain, kemudahan bilik untuk taklimat, bilik rehat kemudahan sauna, bilik rawatan pemain dan sebagainya.

“Untuk trek padang juga kita sudah tukar dan dijangka dalam minggu ini, kita akan menerima sijil pengesahan daripada Persatuan Olahraga Dunia,” katanya.

Tambahnya, kemungkinan acara pertama yang akan diadakan di sini ialah perlawanan Perak menentang PKNS FC nanti.

Mengulas lanjut tentang acara SUKMA Perak 2018, Abdul Puhat berkata selain sukan olahraga, Stadium Perak akan menjadi vanue utama untuk acara pembukaan dan penutup yang mana kemungkinan akan disempurnakan oleh Sultan Perak dan Perdana Menteri.

“Keseluruhan atlet dan pegawai adalah berjumlah 11,000 namun yang akan tertumpu di sini ialah seramai 4,000 yang melibatkan antranya sukan renang, gimnastik, gimrama, badminton dan sebagainya,” katanya kepada media dalam satu lawatan kerjanya di Stadium Perak, dekat sini, pada Selasa.

Pada perkembangan sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, untuk fasa pertama pengubahsuaian gerai makanan telah pun selesai dan kebanyakkanya telah beroperasi seperti biasa.

Tambahnya, bagi acara SUKMA Perak 2018, hanya peniaga yang berlesen sahaja dibenarkan berniaga di sekitar kawasan stadium ini, dan ianya terkawal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");