Berita Hari Ini
Like

Stephen Hawking Meninggal Dunia

March 14, 2018
88 Views
0 Comments
52 seconds read
Stephen Hawking Meninggal Dunia

LONDON: Saintis terkemuka Stephen Hawking meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun.

Memetik laporan Astro AWANI, laporan antarabangsa memaklumkan, berita kematiannya disahkan oleh ahli keluarga mendiang.

“Stephen merupakan saintis yang hebat dan luar biasa.

“Malah dia seorang yang berani dan berusaha keras selain genius sehingga dijadikan sumber inspirasi seluruh dunia,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

“Mendiang juga pernah berkata, alam semesta kurang bermakna jika ia bukan rumah kepada orang yang kita sayang.

“Kami akan merinduinya selama-lamanya,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, sebuah filem berjudul ‘The Theory of Everything’ lakonan Eddie Redmayne telah difilemkan. Redmayne seterusnya berjaya meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi pada 2015.

Komen & Pendapat

Comments are closed.