Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Hentian Royal Belum Amanjaya

GERIK:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Hentian Royal Belum Amanjaya di Pulau Banding di sini hari ini.

Turut berangkat sama ke majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim,Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk, Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq serta barisan exco kerajaan negeri.

Pembinaan terminal jeti awam ‘Hentian Royal Belum Amanjaya’ merupakan salah satu langkah berkesan dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di Royal Belum yang membolehkan aktiviti pelancongan di kawasan sekitar ditingkatkan dan dikormesialkan menelan belanja sekitar RM20.4 juta.

Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama agensi kerajaan negeri Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Gerik (MDG) dan Perbandanan Taman Negeri Perak (PTNPk) dalam membangunkan Hentian Royal Belum Amanjaya.

Pembinaan jeti awam BTTR siap dibina pada September 2016 yang kini dikenali sebagai ‘Hentian Royal Belum Amanjaya’ dilengkapi dengan kedai serbaneka,medan selera,kedai cenderahati, ruang parkir yang mencukupi untuk kereta,bas serta helipad.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamed dalam ucapan berkata Hentian Royal Belum Amanjaya juga diharapkan boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta limpahan manfaat kepada kawasan penduduk sekitar.

“Negeri Perak adalah destinasi pelancongan kedua paling banyak dikunjungi iaitu seramai 7.2 juta pelancong seperti dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2016.

“Berdasarkan statistik pada tahun 2017 dan bersempena Tahun Melawat Perak, Royal Belum telah mencatatkan angka yang tertinggi iaitu sebanyak 27,327 pelancong diikuti pada tahun 2016 sebanyak 23,375 pelancong.

“Kini jumlah pelancong telah meningkat dengan drastik apabila hanya 9,310 pelancong dicatatkan pada tahun 2010 manakala pada tahun 2015 sahaja sebanyak 20,490 pelancong dan semuanya termasuk dalam dan luar negara dicatatkan,” katanya.

Katanya, pelaksanan inisiatif seperti hentian ini telah menarik ramai pengunjung ke Royal Belum dan majoriti daripada negara Eropah seperti Belanda, Switzerland,Itali, Perancis, dan Jerman.

“Pelancong dari negara lain seperti Amerika, Indonesia, Jepun, China dan Singapura juga menjadikan Royal Belum destinasi eko-pelancongan yang terkenal apabila berkunjung ke Malaysia,” katanya.

Hentian ini juga turut menempatkan agensi berkaitan PTNPk bagi urusan permit masuk dan informasi pelancongan malah jeti juga telah mengatasi permasalahan yang dialami oleh jeti lama yang seringkali ditutup setiap kali banjir disebabkan hujan lebat dan air pasang.

Terdahulu Jeti Pangkalan Aman Pulau Banding telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan sebuah Pusat Interpretasi yang diilhamkan oleh Milford Sound Pier And Discovery Centre New Zealand bertujuan mendidik dan mempamerkan maklumat flora dan fauna yang terdapat di hutan hujan tropika Belum-Temengor (BTTR) selain mempromosikan pelancongan dikawasan tersebut.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");