Jenayah

Suspek Kes Liwat Maahad Tahfiz Disambung Reman

KUANTAN – Tempoh tahanan reman ke atas seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes gangguan seksual dan liwat di sebuah maahad tahfiz di Bukit Bayroute, di sini, dilanjutkan sehingga 26 Mac ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superitendan Kama Azural Mohamed berkata, permohonan bagi melanjutkan penahanan reman itu bagi meneruskan dan melengkapi siasatan berkaitan kes berkenaan.

“Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Khairul Bahriah di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan,” katanya yang dihubungi hari ini lapor Sinar Harian.

Sementara itu, terdahulu pihak polis telah menahan suspek yang merupakan sukarelawan juga pegawai khas kerabat di bandar ini, 12 Mac lalu.

Berdasarkan laporan dibuat mendakwa semua mangsa mula diliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan yang berhampiran.

Lelaki berkenaan dipercayai melakukan dera dan gangguan seksual ke atas 21 pelajar termasuk meliwat enam pelajar daripadanya yang berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Kejadian itu dipercayai berlaku sejak Ogos tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");