Perak Hari Ini

“Tak Salah Husni Menyatakan Hasratnya”

IPOH:”Tidak ada salahnya, Datuk Seri Husni menyatakan hasratnya, apa yang paling penting keputusan oleh pucuk pimpinan,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai hasrat Anggota Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang bersedia untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun katanya penilaian dan keputusan terletak kepada pucuk pimpinan.

“Tiada halangan kepada sesiapa untuk menyatakan hasrat bertanding atau terus memberikan perkhdimatan tetapi paling penting keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan kita akan terima.

“Datuk Seri Husni juga menyatakan hasrat beliau dan dalam masa yang sama menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan jadi itulah semangat Barisan Nasional (BN) iaitu tiada halangan bagi sesiapa menyatakan hasrat bagi memberikan perkhidmatan,” katanya kepada media setelah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 2017 di sini hari ini.

Jelasnya, paling penting mereka yang menyuarakan hasrat adalah untuk memberikan khidmat namun pihak pucuk pimpinan akan membuat penilaian dan keputusan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh semua pihak.

Terdahulu, Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan tiada masalah jika dirinya terpilih sebagai calon pada pilihan raya kali ini kerana yakin sokongan dan kesetiaan Umno Bahagian terhadap parti masih kukuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");