Isu Panas

Takutkah PPBM Untuk Menyanggah Kit Siang?

KUALA LUMPUR: Tindakan kepemimpinan DAP yang dilihat mahu meneruskan agenda Malaysian Malaysia menimbulkan tanda tanya utama, di manakah suara pemimpin Islam dalam gabungan pakatan pembangkang?

Berilah apa sahaja isu atau topik, pemimpin Islam Pakatan Harapan diketuai DAP ada sahaja jawapan, namun apabila melibatkan Malaysian Malaysia, semua ‘diam seribu bahasa’ bagaikan ada emas dalam mulut. Di mana hilang ‘kejantanan’ mereka? Adakah disimpan DAP?

Setiausaha Agung Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Ahmad Fazrin Yahaya berkata, ahli politik Islam pembangkang sepatutnya meletakkan agama Islam sebagai agenda utama, mengatasi segala-galanya walaupun berada di pentas politik demokrasi.

Jelas beliau, jika benar ahli politik Islam pembangkang betul-betul ikhlas mahu membantu rakyat, mereka sewajarnya mengangkat dahulu hak Allah, sebelum disusuli dengan hak rakyat.

“Kita tiada masalah tinggal sebumbung dengan bangsa lain, malah mengiktiraf sumbangan mereka membangunkan negara. Namun, apabila mereka cuba memperkotak-katikkan dan mencabar ketuanan Islam, perkara ini tidak boleh dikompromi.

“Tetapi apa yang menjadi kejutan adalah mengapa tiada seorang pun pemimpin Islam pembangkang ini tampil dan menolak agenda DAP itu kerana ini melibatkan maruah mereka sebagai seorang Muslim.

“Jadi janganlah melatah apabila ada yang mengatakan parti lain dalam Pakatan Harapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAN dan PKR adalah tunggangan DAP kerana apa sahaja yang dibuat parti lain ini hanya mengangguk sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Konsep Malaysian Malaysia yang telah menjadi teras perjuangan DAP sejak berpuluh tahun kembali dinyalakan Penasihatnya, Lim Kit Siang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Antara perkara yang digariskan menerusi konsep itu adalah memastikan semua rakyat di negara ini menerima hak yang sama rata sekali gus menafikan hak istimewa bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");