Isu Panas

Teguran Rais Mungkin Disalah Erti

KOTA DAMANSARA – Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin sesetengah pihak telah salah tafsir teguran yang dibuat oleh veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim terhadap parti itu.

Menurutnya, beliau tidak melihat kritikan Rais terhadap Umno sebagai menyerang kepimpinan Umno sebaliknya mungkin disebabkan penerimaan dari sudut yang berbeza menyebabkan ada pihak yang mungkin berkecil hati dengan melihat itu sebagai kritikan lantang.

“Saya tak mengatakan veteran Umno ini menyerang Umno, mungkin dia menegur. Tapi gaya kita membaca teguran itu mungkin dari sudut yang membuatkan kita rasa berkecil hati.

“Namun kalau kita dapat membawa pertemuan di dalam satu platform atau media terbuka, saya yakin orang-orang lama ini hatinya jauh lebih kuat untuk mempertahankan Umno lebih-lebih lagi menjelang PRU14.

“Saya melihat Tan Sri Rais Yatim ini masih seorang yang setia dan kuat pegangannya untuk pertahankan BN dan Umno pada PRU14,” katanya kepada pemberita ketika hadir merasmikan Pelancaran Jentera PRU14 N.39 Kota Damansara, malam tadi lapor Sinar Harian.

Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Budaya Kerajaan sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat mengkritik kepimpinan Umno dalam beberapa isu termasuk isu penggunaan bahasa Melayu dan pendekatan kepimpinan.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, anak muda khususnya perlu melihat dengan positif teguran yang dibuat oleh veteran Umno khususnya apabila teguran itu melalui medium media sosial.

“Kita harus lihat kadang-kadang bagi pemimpin yang telah memimpin Umno dulu, anak-anak muda harus melihat dari sudut mana mereka menegur.

“Sebab kadang-kadang kalau kita menegur dalam media sosial, apa yang kita baca itu kita tak tahu dari sudut mana menyebabkan banyak tafsiran dan perselisihan pendapat. Tapi kalau misal kata kita dapat bertemu dalam media terbuka, saya rasa tafsiran itu mungkin tersasar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");