Berita Hari Ini

Tengku Adnan Nafi Kadar Sewa PPR, PA Akan Dinaikkan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.

Katanya, kadar sewa dan kadar cukai sedia ada akan dikekalkan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar tersebut.

Beliau mengingatkan supaya penghuni PPR dan PA khususnya supaya tidak mempercayai fitnah yang disebarkan.

“Saya bukan kejam macam kerajaan DAP di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan (Barisan Nasional) laksanakan semuanya demi kebaikan dan keselesaan untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat PPR Beringin di sini, Ahad.

Sementara itu, beliau berkata DBKL akan membangunkan tempat letak kereta enam tingkat bernilai kira-kira RM15 juta di PPR Beringin bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang parkir.

Katanya, tempat letak kereta yang akan dibina di tapak seluas 11.130 meter persegi yang merangkumi 277 petak parkir itu turut dilengkapi dengan sebuah perpustakaan dan kedai serbaneka.

“Manakala satu lagi projek tempat letak kereta lapan tingkat di PPR Intan Baiduri sudah siap sepenuhnya, kemudahan ini menyediakan sebanyak 387 petak parkir dan dua gelanggang futsal dan kedai serbaneka,” katanya lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");