Isu Panas

‘Terikat Baiah, Mahfuz Mesti Kosongkan Kerusi Pokok Sena’ – PAS

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Datuk Mahfuz Omar mengosongkan kerusi Parlimen Pokok Sena yang dimenangi atas tiket parti itu.

Desakan itu dibuat susulan Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden PAS, mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini selepas beberapa bulan mengisi kerusi Bebas, sejurus meninggalkan PAS pada akhir tahun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pengumuman itu tidak mengejutkan kerana tindakan Mahfuz dari awal jelas cenderung kepada Amanah.

“Bagi PAS, beliau perlu kosongkan kerusi yang dimenangi di atas tiket PAS sebagaimana yang beliau lafazkan baiah.

“Saya tiada masalah peribadi dengan beliau dan sesiapapun yang meninggalkan PAS.

“Kami akan terus bekerja sebagaimana janji kami ketika diterima menjadi ahli parti bagi mencapai tujuan penubuhan PAS. Saya doakan beliau dalam inayah Allah,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online hari ini.

Hari ini, Mahfuz mengumumkan beliau secara rasmi menyertai Amanah, sekali gus menjawab teka-teki yang beliau timbulkan selepas meninggalkan PAS berkuatkuasa 11.59 malam 31 Disember lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");