Berita Hari Ini

Tiada Manipulasi Sistem Pilihanraya: SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat manipulasi terhadap sistem pilihan raya dan persempadanan semula untuk memenangkan parti tertentu pada PRU akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataannya berkata, SPR menegaskan bahawa semua sistem yang dijalankannya termasuk pendaftaran pemilih,  penjalanan pilihan raya dan persempadanan semula bahagian pilihan raya adalah telus serta adil.

“Artikel yang disiarkan dalam akhbar The Economist bertajuk How Malaysia’s Next Election Will Be Rigged pada 8 Mac adalah bersifat tohmahan yang tidak berasas sama sekali serta berniat untuk mengelirukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, persoalan terhadap penentuan kalah atau menang mana-mana pihak calon parti adalah bergantung kepada usaha mereka dalam memenangi hati rakyat.

“Pengundi mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pilihan mereka.

“Malahan, sejarah pilihan raya juga telah membuktikan bahawa persempadanan semula bukanlah faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak.

“Sebaliknya ia ditentukan oleh pilihan pengundi sepertimana yang berlaku ke atas Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak yang pernah berjaya diperintah oleh pihak parti pembangkang sehingga beberapa penggal pilihan raya walaupun masih menguna pakai formula dan sistem persempadanan yang sama,” katanya.

Sebelum ini, akhbar berbahasa Inggeris itu menerusi artikel tersebut mendakwa terdapat manipulasi sistem pilihan raya dan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dijalankan bertujuan untuk membantu kemenangan parti pemerintah pada PRU14 akan datang.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");