Jenayah

Tiga Kanak-Kanak Tunggang Basikal Lajak Disaman RM400 Setiap Seorang

BALIK PULAU: Tujuh kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas tuduhan menunggang basikal lajak secara berbahaya dan mengubah suai basikal masing-masing, di Jalan Titi Serong-Batu Hitam, Balik Pulau, pada 18 Mac lalu.

Tiga daripada kanak-kanak terbabit yang berusia 14 dan 15 tahun kemudiannya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata ketiga-tiga kanak-kanak terbabit dikenakan saman sebanyak RM400 setiap seorang bagi setiap kesalahan yang dilakukan di bawah kaedah 42(3) LN 166/59 -Kaedah Lalulintas 1959.

Katanya selain menunggang dalam keadaan bahaya, mereka turut menghadapi pertuduhan tambahan di bawah kaedah 42(1) LN 166/59 -Kaedah Lalulintas 1959 kerana basikal yang digunakan tidak mempunyai brek dan loceng.

Menurut Anbalagan, seorang kanak-kanak tidak dapat hadirkan diri hari ini manakala tiga lagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun diarahkan untuk dirujuk kepada pihak pendakwa raya disebabkan masih dibawah umur.

Kesemua mereka hadir ke mahkamah dengan ditemani waris masing-masing lapor Astro Awani.

Mahakmah kemudiannya menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes ke atas empat kanak-kanak terbabit.

Ahad lalu, tujuh berusia antara 10 hingga 15 tahun ditahan polis ketika sedang leka berlumba dengan menunggang basikal lajak dalam keadaan berbahayan menuruni bukit di Jalan Titi Serong-Batu Hitam, Balik Pulau.

Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai aktiviti sekumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak di kawasan itu kira-kira pukul 11 malam.

Berikutan itu, tujuh kanak-kanak terbabit ditahan dan manakala basikal mereka dirampas sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Polis turut memanggil ibu bapa dan penjaga tujuh kanak-kanak terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");