Jenayah

Tiga Nelayan Dikhuatiri Hilang

ALOR SETAR – Tiga nelayan hilang sejak tiga hari lalu selepas bot dinaiki dikhuatiri karam di perairan Langkawi dekat sini.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi, Komander Maritim Nurulazme Zakaria berkata, dua nelayan telah dikenal pasti, manakala identiti seorang lagi masih belum diperolehi.

“Dua nelayan dikenal pasti ialah tekong bot Harif Fadelah Zainol, 58, dari Taman Sri Putra dan awak-awak, Abd Ghani Jusoh, 56 dari Kampung Teluk Malek.

“Mereka menaiki bot pukat tunda kelas B1 keluar pada 7 Mac lepas dan sepatutnya balik pada 12 Mac,” katanya.

Menurutnya, pemilik bot membuat laporan pada 15 Mac lalu selepas mendapati bot nelayan tidak pulang ke jeti Kuala Kedah.

Katanya, bot itu dipercayai tenggelam susulan penemuan tompokan minyak lebih kurang dua batu nautika dari Pulau Payar pada hari ketiga operasi.

Beliau berkata, kawasan pencarian telah diaktifkan dan diluaskan sehingga dua batu nautika batu nautika dari Pulau Payar.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");