Isu Panas

Tingkat Momentum Menjelang PRU14

GOMBAK – Jentera Pilihan Raya Pas Gombak diminta mengadakan solat hajat dan terus berdoa semoga Pas terus diberikan kemenangan.

Timbalan Yang Dipertua Pas Gombak, Hasbullah Ridzwan berkata, meskipun Gombak dikatakan kubu kuat parti Islam itu, namun hal tersebut tidak boleh diambil mudah jentera pilihan raya.

Menurutnya, tugas jentera pilihan raya berat dan telah diminta lebih agresif dengan meningkatkan momentum gerak kerja menjelang PRU14.

“Jentera pilihan raya diberikan motivasi untuk terus menyakinkan rakyat bijak membuat pilihan supauaya tak tersalah langkah keluar mulut buaya dan masuk mulut naga.

“Gerak kerja sentiasa berterusan namun diakhir menjelang PRU14, jentera diingatkan untuk konsisten dalam aktiviti sosial, ziarah dan kebajikan,” katanya mengulas amanat Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dun Gombak Setia malam kelmarin yang disempurnakan oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad lapor Sinar Harian.

Pelancaran bertempat di Kampung Sungai Chinchin itu berjaya mengutip dana pilihan raya kira-kira RM30,000 daripada orang perseorangan dan agensi.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas Gombak, Saleh Huddin Nasir.

Hasbullah berkata, sambutan yang diterima daripada jentera mencapai sasaran dengan kehadiran lebih 500 orang.

“Dalam keadaan senang atau susah, sama ada mempunyai kuasa atau sebaliknya, ada peruntukan atau tidak, Pas sentiasa bekerja dan itu konsep dipegang dalam persada politik.

“Setiap pilihan raya ada cabaran yang berbeza jadi perlu lakukan persiapan terbaik namun yakin kerusi Gombak Setia mampu dikekalkan kerana telah berusaha memenuhi janji dan amanah PRU lalu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");