Sukan Hari Ini

‘TMJ Kunci Masa Depan Bola Sepak Malaysia’

KUALA LUMPUR: Ampersand Sports menyatakan pengaruh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) amat penting untuk menarik minat penaja daripada pelbagai industri.

Pengerusi Ampersand Sports, Tan Sri Vincent Lee berkata, dalam tempoh singkat, mereka berjaya meningkatkan profil bola sepak tempatan di kalangan komuniti korporat.

“Kami sudah mendapatkan beberapa penaja sekarang dan banyak lagi berminat untuk turut serta. Kami sekarang berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran dan komitmen sebanyak RM20 juta bagi tahun pertama.

“Ini adalah pencapaian bersejarah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan pembabitan pelbagai syarikat lebih meluas. Pada masa sama, ia jelas bahawa semua penaja mahu melihat pengurusan kewangan yang telus dan profesional, ini boleh dicapai menerusi kepimpinan TMJ.

“Beliau adalah kunci kepada masa depan bola sepak Malaysia,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Sementara itu, Pengarah Ampersand Sports, K Sivanathan menjelaskan di bawah teraju Tunku Ismail yang menjadikan FMLLP lebih profesional dan inovatif, ia sememangnya memudahkan sebarang penajaan dan kerjasama dengan syarikat luar.

“Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam turut bekerjasama rapat dengan Ampersand untuk mencipta peluang baharu dalam penajaan bola sepak domestik. Buat pertama kali, kita ada kerjasama dengan syarikat jual beli dalam talian, Shopee Malaysia.

“Tiada siapa menyangka ada permintaan tiket dalam talian bagi perlawanan Liga Super dan kita semua terkejut apabila setiap kali Shopee membuat jualan tiket Liga Super dalam talian, semuanya habis dijual dalam beberapa minit,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");