Membawang Hari Ini

Tomok Rindu Nak Cakap Dengan Ayah

PENYANYI popular, Tomok meluahkan rasa rindu kepada bapanya yang terlantar sakit akibat diserang strok, sejak Disember lalu.

Tambahan pula, kini, bapanya masih lagi menjalani rawatan rapi di hospital.

“Dalam masa empat bulan ini, hanya beberapa minggu saja ayah di rumah, selebihnya berada di hospital.

“Masa awal kena strok dulu ayah masih boleh bercakap, kenal orang dan sebagainya…tapi sekarang, hanya pandangan kosong diberikan.

“Cepat sembuh ayah..Tomok rindu nak cakap dengan ayah,” luahnya di Instagram (IG) memetik sumber Sinar Harian.

Tomok juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu merawat penyakit bapanya itu.

“Jutaan terima kasih buat semua nurse dan doktor di hospital HUKM yang menjaga ayah saya dengan baik.

“Hanya ALLAH dapat membalas budi baik yang telah kalian berikan,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 34 tahun ini juga memohon doa daripada peminat dan pengikutnya di IG.

“Walaupun agak sukar untuk mendapat kembali ayah saya yang dulu, tapi tiada yang mustahil.

“Semoga di permudahkan urusan kami sekeluarga… doakan ayah saya cepat sembuh ya sahabat semua,” tulisnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");