Perak Hari Ini

TPM Lawat IPK Perak

IPOH: Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan mengadakan lawatan kerjanya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, dekat sini, pada Sabtu.

Beliau yang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba sekitar jam 3.30 petang disambut oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) kemudiannya melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat terhadap anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 di perkarangan bangunan IPK Perak.

Usai aturcara berkenaan pada sekitar jam 3.50 petang, beliau kemudiannya berkesempatan bergambar dengan pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Perak yang hadir.

Selepas itu, Ahmad Zahid mengadakan mesyuarat tertutup bersama pegawai PDRM kontinjen Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");