Berita Hari Ini

Tudung Logo Parti Politik Tular

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga tudung online memanfaatkan kesempatan terbaik di sebalik bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang mula dirasai untuk meningkatkan pendapatan menerusi jualan tudung bercorakkan logo parti politik.

Ternyata idea pemilik sebuah laman Facebook menggunakan nama Wanny Jibril membuahkan hasil apabila mula tular di media sosial.

Apatah lagi peniaga itu menggunakan model ‘gadis manis’ sehingga mendapat perhatian ramai netizen apabila terdapat kira-kira 2,000 tanda suka, 5,846 perkongsian dan hampir 3,400 komen pada pukul 11 malam ini, kira-kira hanya selepas sehari dimuat naik.

Rata-rata netizen yang memberi komen turut memuji langkah berkenaan yang disifatkan sebagai pemasaran bijak tepat dalam musim pilihan raya.

Namun ada juga usikan ‘nakal’ netizen yang menimbulkan ‘persoalan’ tentang ketiadaan tudung berlogo DAP sedangkan peniaga tersebut menawarkan pelbagai pilihan tudung lain mewakili parti UMNO, Puteri UMNO, PAN, Pas, PKR dan Barisan Nasional (BN).

Difahamkan tudung yang dikeluarkan oleh Chenta Watie Scarf Kuala Lumpur menerusi Siri Satin Bawal Edisi Terhad Pilihan Raya itu dijual pada harga RM59 sehelai dengan tempahan awal dibuka sehingga 14 April depan dengan masa penghantaran dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari bekerja.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");