Isu Panas

Tun M Dah Terikut Budaya Pembangkang

KAMPUNG GAJAH – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah terikut dengan budaya pembangkang apabila tidak lagi menghiraukan undang-undang termasuklah mengadakan ceramah politik.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana bekas perdana menteri itu pasti lebih arif berkenaan undang-undang.

“Saya agak kesal dan sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana beliau lebih arif tentang perkara ini.

“Ini menunjukkan beliau sudah terikut-ikut dengan budaya pembangkang yang tidak menghiraukan undang-undang,”katanya ketika ditemui semasa Kenduri Rakyat bersama wakil rakyat di Stadium Mini Kampung Gajah, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada satu program ceramah melibatkan Mahathir di Taiping, malam tadi yang tidak mendapat permit polis.

Tajuddin berkata, perkara itu membuktikan pembangkang suka melakukan sebarang perkara tanpa mempedulikan undang-undang.

“Ini berbeza dengan BN yang memang ikut undang-undang. Jika mahu buat ceramah, mohonlah permit.

“Pihak berkuasa tidak ada masalah jika buat permohonan dan sesiapa saja boleh buat ceramah asalkan ada permit,”katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, setiap ceramah juga ada tertakluk dengan syarat tertentu yang sudah ditetapkan.

“Namun begitu setiap ceramah juga ada syarat tertentu di mana fitnah atau cemuhan terlampau tidak dibenarkan.

“Kita harus ikut syarat dan etika ini agar tidak menyalahi undang-undang,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");