Berita Hari Ini

Umat Islam Perlu Kurangkan Perselisihan Pendapat Demi Perpaduan

BENTONG: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah tanggungjawab memelihara kesucian agama bukan hanya terletak pada institusi diraja dan kerajaan malah turut menjadi tanggungjawab semua pihak berkenaan.

Tengku Abdullah bertitah, usaha itu tidak akan berjaya sekiranya ia juga tidak mendapat kerjasama rakyat beragama Islam di negeri ini.

“Saya mengharapkan kehadiran saya dalam setiap majlis berbentuk keislaman dapat menyampaikan mesej kepada rakyat negeri Pahang supaya mengutamakan soal perpaduan.

“Saya tidak mahu negeri Pahang kucar-kacir, umat Islam berpecah-belah dan seterusnya tidak menggambarkan Islam yang sebenar,” titah baginda, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Tilawah al-Quran kali ke-61 peringkat negeri Pahang 2018 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.

Pada majlis itu qari Bentong, Zul Hasyimi Mohamed Yunus, 39, muncul juara, manakala johan qariah disandang oleh peserta dari Bera Nurhafizah Ahmad Tajuddin, 30.

Tengku Abdullah turut mengharapkan wakil qari dan qariah dari negeri Pahang dapat merangkul juara pada tilawah al-Quran peringkat kebangsaan bulan ini.

???????Titah baginda lagi walaupun sedar umat Islam di negeri ini idak dapat lari daripada masalah selisih faham atau perbezaan pendapat, namun ia harus dikurangkan dan majlis seperti tilawah ini diharap dapat menyatukan semula umat Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");