Berita Hari Ini

Umum Calon Awal Elak Sabotaj – TPM

CYBERJAYA: Langkah Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan calon lebih awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan mengelakkan unsur sabotaj terhadap parti dan calon yang dipilih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah di luar kotak yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN itu adalah amalan yang baik dan sesuai untuk PRU-14 serta pilihan raya seterusnya.

“Lazimnya, calon BN diumum sehari sebelum penamaan calon, atau calon mendapat watikah pada malam sebelum penamaan calon, namun langkah mengumumkan calon lebih awal akan membolehkannya bersiap siaga.

“Kita tahu lazimnya berlaku, ada yang berkecil hati kerana merasakan dirinya patut disambung semula sebagai calon atau merasakan dirinya saja yang layak. Jadi, ada proses pemujukan secukupnya sebelum hari penamaan calon.

“Kita mahu mengelakkan unsur sabotaj sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini apabila ada seseorang yang mempunyai pengikut mempengaruhi jentera parti untuk tidak melaksanakan tugas dalam kempen pilihan raya dan pada waktu yang sama, merosakkan undi serta melakukan sabotaj pada parti,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian pada sidang media selepas menyertai rakaman Program Bual Bicara “Orang Diparol” di Studio TV Al-Hijrah di sini, hari ini.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");