Membawang Hari Ini

Upin & Ipin Terima Anugerah Belia Antarabangsa

SIRI animasi 3D Malaysia, Upin & Ipin, hari ini menerima anugerah yang dimenangi pada November tahun lepas semasa anugerah Prix Jeunesse Asia Tenggara yang pertama, satu festival video yang diadakan di Filipina.

Semasa festival itu, produser siri Upin & Ipin Les’ Copaque Production Sdn Bhd tidak dapat menghadirinya kerana pada masa itu karnival tahunan Upin & Ipin diadakan di Malaysia. Festival itu diadakan di Filipina tahun lepas bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Asean.

Anak TV Inc di Filipina yang mengadakan festival kali pertama itu, hari ini menyampaikan anugerah itu kepada pengarah urusan Les’ Copaque Burhanuddin Md Radzi dalam satu majlis yang diadakan di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini hari ini.

Presiden Anak TV Inc, Elvira Yap Go ketika mengulas kemenangan Upin & Ipin bagi kategori fiksyen profesional di bawah kategori tujuh tahun berkata siri animasi mengenai pasangan kembar itu mempromosikan budaya dan nilai Asean kepada dunia.

“Selain mendidik kanak-kanak mengenai nilai-nilai positif, Upin & Ipin juga mengajar orang lain seperti jiran dan penduduk kampung untuk hidup secara aman dan harmoni,” katanya.

Les’ Copaque dalam satu kenyataan berkata anugerah itu telah mendorong permintaan daripada stesen televisyen Filipina untuk menyiarkan siri itu serta sejumlah besar pengikut di Filipina mengikutinya dalam media sosial.

Upin & Ipin juga akan menembusi pasaran India melalui Disney Channel India selain China melalui China Central Television (CCTV).

Anugerah itu diadakan hasil inspirasi melalui satu acara Prix Jeunesse International Children’s Festival yang diadakan di Munich, Jerman pada Mei 2016, yang merupakan aktiviti utama Prix Jeunesse Foundation.

Yayasan Prix Jeunesse itu terkenal di peringkat antarabangsa kerana menyokong kecemerlangan  dalam siri televisyen bagi kanak-kanak. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");