Isu Panas

Usah Percaya Janji Syurga Palsu Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Rakyat dinasihatkan agar tidak percaya dengan manifesto Pakatan Harapan yang ibarat menjanjikan ‘syurga palsu’ demi meraih sokongan menjelang PRU14.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pemuda Umno, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, janji pakatan untuk mewujudkan sejuta rumah dalam tempoh dua penggal pemerintahan hanya harapan palsu yang tidak boleh dilaksana.

Beliau berkata, apakah pembangkang sudah lupa tentang sembilan projek perumahan rakyat di Selangor yang dibatalkan baru-baru ini tanpa alasan kukuh.

“Hampir 10 tahun Pulau Pinang dan Selangor berada di bawah kepimpinan parti pembangkang, berapa banyak rumah mampu milik untuk rakyat golongan bawahan yang dibina, ini bukan janji lima tahun tapi sudah 10 tahun mereka memerintah dua negeri yang berpendapatan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Nazir Hussin yang juga Ketua Pemuda Umno Titiwangsa berkata, perkara tersebut boleh dipadankan dengan kos harga rumah ‘mampu milik’ di Pulau Pinang yang hanya mampu dibeli oleh golongan berkemampuan tinggi sahaja.

“Jika rumah yang berharga lebih RM500,000, mereka berlumba-lumba memberikan kelulusan segera malah mereka menghalau penduduk asal rumah seperti rumah setinggan di bandaraya Pulau Pinang bagi merealisasikan hasrat membina rumah-rumah mewah,” katanya.

Beliau berkata, lebih mengecewakan apabila Selangor dan Pulau Pinang turut menaikkan kos sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh Kerajaan BN untuk golongan berpendapatan rendah.

“Malah cukai tanah dan cukai pintu juga dinaikkan tanpa memikirkan beban terhadap rakyat bergolongan rendah di negeri itu,” katanya memetik sumber dari Sinar Harian.

Sebaliknya kata Nazir Hussin, hampir 20,000 Rumahwip mampu milik telah dibina untuk keperluan penduduk bandar, manakala Projek Prima juga sudah mencecah lebih daripada 100,00 dibina di seluruh negara.

“Kerajaan BN bukan sekadar berjanji tetapi turut menepati janji. Saya yakin majoriti rakyat di Selangor dan Pulau Pinang sudah masak dan tidak terpedaya dengan janji manis pakatan pembangkang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");