Berita Hari Ini

‘Usah Perkecil Program PERMATA’

KUALA LUMPUR: Briged Negaraku menyangkal tuduhan sesetengah pihak terhadap program PERMATA yang didakwa membazir.

Pengerusinya, Khairul Nizam Mohd Sopery, berkata tuduhan liar itu tidak lebih daripada fitnah dan sengaja dijadikan permainan politik murahan.

Beliau berkata, pihak terbabit cuba membangkitkan kebencian dalam kalangan masyarakat dengan menyebarkan rakaman video di media sosial yang antara lain menjadikan seorang pelajar autisme di bawah program Permata Pintar sebagai bahan.

“Tindakan itu mengecewakan kerana masyarakat Malaysia boleh membezakan antara yang benar dan palsu.

“Masyarakat Malaysia perlu mempunyai kesedaran tinggi terhadap golongan autisme supaya dapat membezakan karakter golongan itu dengan seorang individu normal.

“Kanak-kanak dalam rakaman video itu adalah kanak-kanak autisme pintar yang berupaya menyelesaikan masalah Matematik dan Kimia seawal usia enam tahun.

“Dia kini ditempatkan menerusi program Permata Pintar untuk terus digarap kecerdikannya dan dibimbing menjadi seorang ilmuwan dalam bidang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khairul Nizam berkata, pihak Briged Negaraku turun sendiri ke lapangan untuk melihat dengan lebih dekat proses pelaksanaan program PERMATA.

Katanya, PERMATA adalah instrumen tepat dalam usaha negara melahirkan lebih ramai golongan cendikiawan dan pakar dalam pelbagai bidang.

“Program ini menolak fahaman perbezaan kaum, bangsa, agama dan umur, malah ia memberi ruang kepada golongan autisme menjadi penyumbang penting dalam hasrat dan misi penubuhannya,” katanya.

Program PERMATA dicetuskan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, merangkumi program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.

Ia memberi tumpuan terhadap usaha mendidik kanak-kanak pada peringkat awal bagi mengembangkan potensi dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");