Sukan Hari Ini

“Usah Ragui Kesetiaan. Saya Orang Perak, Sekarang,”

IPOH: Begitulah kata pengendali skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic menjelang pertemuan anak buahnya dengan bekas pasukannya, Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Lumut, pada Ahad ini.

Jurulatih itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perasaannya mengenai perlawanan itu.

“Semua orang tahu tentang hubungan dan kejayaan saya dengan Selangor. Memang saya menikmati zaman gilang-gemilang bersama skuad Gergasi Merah itu tetapi itu sudah berlalu.

“Saya kini bersama Perak. Jika boleh saya juga mahu melakar kejayaan bersama Perak, sama seperti ketika di Selangor, ” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Bagi menghadapi pertembungan dengan skuad bimbingan P Maniam itu nanti, Durakovic berharap dapat menurunkan kesebelasan terkuat.

Katanya, pemain yang mengalami kecederaan seperti Leandro Dos Santos sudah menyertai latihan pasukan sejak dua hari lalu.

“Itu petanda positif tetapi apapun saya perlu tunggu ke saat akhir untuk memastikan dia berupaya mencurah kudrat kepada pasukan,” katanya.

Mengenai keupayaan Selangor, Durakovic berkata gergasi merah itu tidak boleh dipandang sepi.

Bagaimanapun jurulatih itu berkata kelebihan berpihak kepada Perak kerana bermain di hadapan penyokong sendiri.

“Agak malang perlawanan ini tidak dapat diadakan di Stadium Perak kerana saya yakin jika di sini, kehadiran penonton tentu lebih ramai” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");