Jenayah

Video Tular Wanita Dilarang Masuk Ke Balai Polis Disangkal

KUALA LUMPUR: Polis menyangkal dakwaan tidak membenarkan seorang wanita masuk ke dalam balai polis seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata balai polis sentiasa dibuka kepada orang awam terutama jika berlaku sesuatu kecemasan.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi enam minit 28 saat mengenai seorang wanita yang mendakwa polis tidak membenarkannya masuk ke balai polis Alam Damai Cheras selepas diekori sebuah kereta lain.

Malahan, Mazlan berkata pihak polis telah menahan tiga remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia kerana disyaki membuat ugutan terhadap wanita berkenaan pada 8.30 malam tadi lapor Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian pada 11 malam Isnin, wanita berusia 41 tahun itu mengambil anak lelakinya di sebuah pusat tuisyen di Alam Damai serta difahamkan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menggangu pengguna jalan raya lain.

“Ekoran itu, sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki tiga lelaki di belakang kereta wanita itu tidak berpuas hati lalu menjerit dan mengekori kereta wanita terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Alam Damai, malam tadi.

Katanya, wanita berkenaan yang terasa terancam dan ketakutan kemudian memandu sehingga ke pintu depan balai polis tersebut.

Mazlan berkata anggota polis yang bertugas di balai berkenaan bergegas menemui wanita itu dan bertanyakan apa yang berlaku, manakala kereta yang mengekori mangsa terus beredar.

“Waktu anggota polis sedang bertanyakan apa yang berlaku, wanita berkenaan cuba memberitahu keadaannya tetapi tidak jelas kerana mangsa hanya menurunkan separuh cermin keretanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");