Jenayah

Viral Penguat Kuasa Rampas Durian

MELAKA: Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sudah mengeluarkan notis amaran awal kepada peniaga durian di Sungai Putat, di sini, sebelum menyita barangan jualan mereka, Ahad lalu.

Rakaman tindakan lima anggota penguat kuasa MPHTJ menyita barangan jualan dan sebakul durian, berdurasi tujuh minit 20 saat , tersebar di media sosial dan pelbagai reaksi daripada netizen.

Sejak semalam, cideo itu lebih 4,000 pelayar Internet dan dikongsi oleh 27 pengguna laman sosial.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Murad Husin, berkata sitaan barangan jualan dibuat selepas peniaga berusia 30-an itu enggan berpindah ke lokasi lain yang lebih sesuai.

Beliau berkata, notis pertama dikeluarkan MPHTJ kepada peniaga berkenaan pada 5 Disember tahun lalu selepas mendapat aduan awam mengatakan operasi jualan durian berkenaan menganggu lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Notis berkenaan meminta peniaga berkenaan supaya memohon lesen perniagaan. Pada 5 Januari tahun ini, MPHTJ sekali lagi mengeluarkan satu lagi notis selepas mendapati dia masih berniaga.

“Pada 9 Januari lalu, kompaun dikeluarkan ke atas peniaga terbabit, disusuli kompaun kedua pada 15 Januari selepas mendapati dia ingkar dan melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Akta Kerajaan Tempatan,” katanya.

Murad berkata, pihaknya sudah memberi cukup masa sebelum satu notis amaran sita dikeluarkan pada 22 Januari lalu.

“Kami tidak zalim, malah sudah cuba bertolak-ansur. Pada 22 Februari lalu, permohonan lesen peniagaan diluluskan dengan syarat perlu beroperasi selepas jam 6 petang, selain turut mencadangkan dia berniaga di hadapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Putat,” katanya.

Mengulas mengenai video yang tersebar di media sosial, Murad berkata, beliau kesal apabila ada netizen mendakwa mereka memakan semua buah durian yang disita.

“Semua 35 biji buah durian serta barangan yang dirampas seperti khemah disimpan dan akan dipulangkan semula kepada peniaga,” katanya.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan reaksi peniaga durian berkenaan tidak berjaya kerana dia enggan membuat sebarang kenyataan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");