Perak Hari Ini

Wanita Cedera Dipukul Bekas Suami

IPOH:Ketika wanita seluruh dunia dirai sempena hari wanita hari ini, masih terdapat juga segelintir daripada mereka yang menjadi mangsa pukul dan keganasan lelaki.

Angkara bekas suami yang tidak berpuas hati dan menerima keputusan penceraian sejak setahun yang lalu, seorang wanita mengalami lebam di tangan dan badan selepas dipukul oleh bekas suaminya di sebuah kelab malam di sini, Selasa lalu.

Mangsa, yang berusia 41 tahun diperlakukan demikian di dalam kereta selepas ditarik suaminya ke dalam kenderaan terbabit.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Perak, Jimmy Loh berkata, selepas setahun bercerai, Then Phooi Mun sering diganggu dan diugut oleh bekas suaminya itu.

“Apa pun masalah janganlah memukul wanita gunakanlah cara yang betul bagi menyelesaikan masalah,” katanya pada sidang media di Pejabat MCA Perak, hari ini.

Difahamkan hasil perkahwinan dengan bekas suaminya selama 19 tahun, mereka dikurnia tiga orang anak yang kini tinggal bersama ibu bapa bekas suaminya dan memilih untuk bercerai setelah bekas suaminya itu berhadapan dengan masalah Ah Long.

Kata Then Phooi Mun bekas suaminya itu sering menganggunya sejak setahun yang lalu dan pada Selasa lalu dia telah bertindak memukul, menumbuk dan mencekiknya.

“Saya jual rumah dan memberikan wang RM25,000 kepada bekas suami untuk selesaikan masalah hutang itu sejak dua tahun lalu,” katanya.

Katanya satu laporan Polis telah dibuat pada 6 Mac lalu dan dia berharap agar bekas suaminya tidak bertindak di luar batasan serta mecederakannya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Wanita MCA Perak, Choy Yoke Chun berkata pihak MCA Perak bersedia memberikan pertolongan dengan menyediakan khidmat guaman kepada Then Phooi Mun.

“Jika mangsa ingin menyelesaikan masalah ini mengikut undang-undang Wanita MCA Perak menyediakan bantuan dan nasihat kepadanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");