Isu Panas

Wanita UMNO Pilih 4 Mei?

KUALA LUMPUR: Sejak tiga minggu lalu, skrin digital di lobi pejabat Pergerakan Wanita UMNO di Tingkat 37, Menara Dato Onn di sini, memaparkan satu tarikh: 4 Mei.

Apakah sayap kanan UMNO itu mempunyai ‘maklumat istimewa’ ketika ramai yang terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)?

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata tarikh itu sekadar rujukan Wanita UMNO dan bukan tarikh sebenar pilihan raya.

Ceria menghadapi media yang bertubi-tubi melontar soalan, beliau berkata, ia lebih menjurus kepada persediaan jentera parti menghadapi paluan gendang PRU-14.

“Kami tidak tahu tarikh sebenar pilihan raya, namun kami sudah cukup bersedia menghadapi PRU-14 pada bila-bila masa.

“Ini cuma jangkaan kami untuk PRU-14 berdasarkan tarikh PRU-13 ialah pada 5 Mei 2013,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita UMNO di sini, hari ini.

Paparan skrin digital yang menarik perhatian puluhan wakil media itu, dilengkapi maklumat hari dan masa sebagai pengiraan kira turun tarikh menjelang ‘5 Mei’.

Shahrizat berkata, apa yang penting ialah Wanita UMNO sudah bersedia menghadapi PRU-14 pada bila-bila masa.

Katanya, senarai calon sudah dihantar kepada Presiden UMNO untuk pertimbangan, membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Kita sudah hantar senarai calon Wanita di semua negeri dan yakin Presiden UMNO tahu apa yang patut dibuat kepada Ketua Wanita UMNO dan juga calon wanita,” katanya.

Mengenai calon Wanita untuk kerusi DUN di Terengganu, beliau berkata, perbincangan sudah diadakan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Razif Abdul Rahman.

Sebelum ini, pembangkang membangkitkan isu UMNO Terengganu tidak memberi peluang kepada calon wanita pada pilihan raya umum lalu dan mendakwa tiada seorang pun wanita menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu sejak 60 tahun lalu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");