Isu Panas

‘YB Ingat Rakyat Susah Hanya Lima Tahun Sekali Sahaja Ka?’

SHAH ALAM – Semakin tarikh PRU14 menghampiri, kita lihat semakin ‘galak’ Yang Berhormat (YB), turun padang untuk menemui penduduk setempat.

Di sana sini, kita akan mendengar berita wakil rakyat hadir untuk memberi bantuan kepada penduduk yang telah memilih mereka dalam  pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Namun sikap begitu nyata tidak menyenangkan kerana kehadiran YB-YB ini dilihat bermusim dan hanya hadir tunjuk muka apabila PRU sudah dekat.

“Kalau setiap masa semua pemimpin cakna kepada rakyat Alhamdulillah, tapi yang nampak bila lima tahun barulah prihatin ‘gila-gila’ kepada rakyat.

“Awat hangpa ingat rakyat susah ini, lima tahun sekali sahaja ka?,” tutur Issey Hashim berhubung berita wakil rakyat mula tunjuk muka kebelakangan ini rentetan PRU14 menghampiri.

Sementara itu jelas Khairul Azhari pula, YB perlu sentiasa berperanan tidak hanya menjelang PRU sahaja.

“Jangan hanya dekat PRU14 baru nampak muka,” katanya memberi komentar berita YB turun padang menerusi media sosial.

Tarikh PRU14 masih menjadi teka teki, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi bayangan bahawa ia akan diadakan dalam masa terdekat. -Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");