Perak Hari Ini

YKN Turun Padang, Salur Bantuan Segera

IPOH:Para sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) akan turun padang ke seluruh pelusuk kampung dan daerah bagi menyalurkan bantuan kepada penerima yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Pengerusi YKN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata organisasi berkenaan berperanan bagi memberi bantuan tambahan dan pelengkap kepada program dan sistem bantuan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita akan turun ke seluruh negara, masuk kampung, daerah dan kawasan pendalaman dimana melalui sukarelawan YKN akan berikan nama penerima bagi kes mengejut yang memerlukan bantuan segera akan terus disalurkan kepada pihak YKN.

“Program kebajikan ini telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membantu rakyat dan penerima yang ada seluruh negara terutama melibatkan kes-kes yang memerlukan bantuan segera,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 20 orang penerima dalam program Selami Kasih YKN di Simpang Pulai hari ini.

Beliau terdahulu menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian kepada para penerima dan turut dibantu oleh para sukarelawan YKN.

Tambah Shahrizat lagi, para sukarelawan telah diamanahkan memantau kes yang memerlukan bantuan berkemungkinan terlepas pandang oleh pihak agensi lain.

“Walaupun ada agensi lain, dibawah Kementerian Wanita, JKM mereka juga menjalankan tugas begitu baik tetapi mungkin ada kes terlepas pandang memerlukan bantuan segera YKN akan membantu.

“Menerusi Kerajaan ditadbir Barisan Nasional (BN) kerja kebajikan satu tugasan dan tanggungjawab yang diambil berat oleh Perdana Menteri dibandingkan dengan pembangkang mereka lebih kepada bantuan kebajikan yang bermusim,” katanya.

Katanya lagi, YKN berperanan sebagai pelengkap kepada agensi lain bagi menyalurkan bantuan kepada semua yang memerlukan secara menyeluruh.

“Kita juga mempunyai dana yang dikumpul dan penubuhan YKN bukanya baru sudah bertapak sejak 35 tahun lalu malah sehingga kini kita mempunyai sekitar 4,000 sukarelawan seluruh negara,” katanya.

Sementara itu menurut penerima bantuan Fatimah Yop Alip 73, tiada yang mampu diungkapkan selain perasaan gembira dan bersyukur dengan bantuan yang diterima hari ini.

Dia yang merupakan ibu tunggal mengakui bantuan tersebut meringankan sedikit bebanan hidupnya yang kini tinggal bersama tiga anaknya.

Manakala bagi warga emas A.Amodom 71, kehadiran Shahrizat hari ini cukup bermakna buat dirinya seisi keluarga.

Amodom merupakan penerima bantuan JKM dan terpilih menerima manfaat daripada Program Selami Kasih YKN hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");