Perak Hari Ini

Zahir Nafi Tuduhan BN Salah Guna Dewan Orang Ramai

IPOH: UMNO Taiping menafikan dakwaan Sekretariat Pakatan Harapan (PH) daerah tersebut yang mengatakan kononnya Barisan Nasional (BN) negeri telah menyalahgunakan kemudahan dewan orang ramai di sekitar Kamunting.

Naib Ketua Bahagiannya, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pihaknya telah pun mengemukakan permohonan menggunakan dewan tersebut kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua-ketua kampung di kawasan yang terlibat beberapa bulan lalu, dan ianya telah diluluskan.

Jelasnya ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang mahupun peraturan kerana penggunaan dewan itu dibuat menerusi laluan yang betul.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri ketika dihubungi PerakToday, di sini, pada Khamis turut berkata tindakan beberapa pimpinan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka ini ketandusan isu.

“Kita sudah minta kebenaran daripada pihak yang menjaganya dan mereka bersetuju. Bayar sewa pun okay, jadi ia boleh digunakan.

“Carilah isu lain. Kalau nak jadi ‘champion’ rakyat, bawalah isu lain seperti yang melibatkan masyarakat dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihak yang membuat laporan dan tuduhan berkenaan hal ini adalah ‘orang luar’ dan bukannya daripada masyarakat tempatan.

“(Berdasarkan laporan media) saya tengok orang dalam gambar itu pun bukannya orang di situ pun. “Semua orang luar. Kampung Pinang itu kampung saya. Jadi saya tahu.

“Orang Kampung Pinang sendiri tak ‘complain’ (mengadukan hal),” jelasnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting.

Siang tadi, PerakToday melaporkan beberapa pimpinan pembangkang Taiping membuat laporan polis mendakwa kononya BN telah menjadikan lima buah dewan orang ramai di sekitar Kamunting sebagaimarkas parti sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Taiping, Mohd Saad Ismail mendakwa tindakan BN menaikkan bendera pada bangunan tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Percancangan Masyarakat (GP-17) Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");