Perak Hari Ini

2 Pam Air Ditambah Untuk Elak Banjir Di Bercham

IPOH: Pertambahan dua buah pam bagi menyedut lebihan air hujan yang dijangka bakal siap pada Mei akan melegakan kira-kira 500 orang penduduk di Taman Desa Impian dan Taman Kinta Mas Bercham, dekat sini.

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Aldrich Low Guo Nan berkata, sehingga kini, kedua-dua taman tersebut telah pun mempunyai dua pam air namun, ia tidak mencukupi bagi menampung dan menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di sini semenjak 20 tahun yang lalu.

Jelasnya, di sebabkan masalah itu, ramai penduduk di taman ini mula berpindah ke kawasan lain.

Tambahnya lagi, keadaan muka bumi di kedua-dua taman tersebut merupakan kawasan terendah di Bercham dimana ia telah menjadi salah satu faktor kepada isu banjir.

“Saya sudah suarakan perkara ini di dalam beberapa mesyuarat dan akhirnya MBI telah berjaya melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini.

“Kedua-dua pam tersebut bernilai hampir RM200,000 setiap satu dan ianya dibiayai oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikikan kepda pemberita ketika di temui di tapak projek rumah pam Taman Desa Impian, dekat sini, pada Sabtu.

Selain itu, ujarnya, projek pam ini merupakan salah satu kesinambungan daripada projek lencongan longkang 500 meter yang menghubungkan sistem perparitan di Jalan Medan Bercham Selatan 1 hingga Hala Bercham 11.

Tambahnya, projek tersebut kini telah berjaya disiapkan sebanyak 85 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");