Perak Hari Ini

29 Penyokong Pas Sertai BN

BATU KURAU: Bantuan yang diberi tanpa pilih kasih biarpun berbeza ideologi politik telah menyentuh hati penyokong Pas selama hampir 18 tahun untuk beralih menyokong Barisan Nasional (BN).

Tindakan itu dibuktikan oleh 29 orang ahli Parti PAS dalam kawasan DUN Batu Kurau yang mengisytiharkan untuk keluar parti dan menyertai UMNO serta mengakui akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam PRU14 ini.

Menurut wakil penyokong, Razali Salleh kesedaran untuk kembali kepada BN mula timbul apabila mereka sekeluarga yang merupakan penyokong kuat parti pembangkang turut menerima bantuan daripada pihak kerajaan walaupun tidak memberikan sokongan selama ini.

“Kami sekeluarga mula sedar apabila susah dan memerlukan bantuan pihak BN tetap membantu,” katanya dalam satu majlis penyerahan borang keahlian Umno di Kampung Titi Kasai Tengah di sini hari ini.

Kesemua 29 borang keahlian itu diserahkan kepada calon BN Kerusi Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan disaksikan oleh calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria.

Sementara bagi Zulkifli Yunus, 59, tindakan mereka meninggalkan PAS kerana yakin hanya parti BN sahaja yang mampu membela nasib penduduk.

Menurutnya kesedaran itu mulai wujud selepas melihat bagaimana Parlimen Larut dibangunkan di bawah kepimpinan Ahli Parlimen sebelum ini iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Banyak permohonan kami tidak dapat dipenuhi oleh parti PAS, contohnya ketika kampung kami dilanda ribut, habis ranap rumah-rumah, PAS hanya membantu ala kadar sahaja, tapi pejabat parlimen BN Larut yang menawarkan bantuan,” katanya.

Ahli Parlimen Larut penggal sebelum ini, Hamzah ketika ditemui pada majlis tersebut berkata hanya dengan semangat bersatu- padu kekuatan dapat dibentuk malah sekiranya kaum itu berpecah-belah kuasa pastinya menjadi kecil.

“Jadi kita kena yakin dengan perjuangan datuk nenek kita dan janganlah kita menjadi pengkhianat kepada perjuangan bangsa Melayu, perjuangan untuk membela nasib,agama ini kerana perjuangan ini ikhlas jujur inilah yang bawa kita ke mercu kejayaan.

“Pemimpin kita adil apabila turut memberikan bantuan kepada semua logo kita dacing apa erti dacing bermakna kita menentukan keadilan bersama dacing yang kita ada,” katanya.

Sementara itu bagi calon Dun Batu Kurau, Mohd Amin menyifatkan tindakan 29 orang bekas ahli parti pembangkang itu sangat bertepatan dengan masa bagi menghadapi pilihan raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");