Jenayah

33 Ahli ‘Geng 36’ Dituduh Di Mahkamah

SEREMBAN: Suasana tegang menyelubungi perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, semalam, ketika 33 individu dipercayai anggota kongsi gelap ‘Geng 36’ didakwa kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Pasukan polis bersenjata termasuk memakai jaket kalis peluru dilihat berada dalam keadaan berwaspada memerhatikan kehadiran lebih 100 orang dipercayai ahli keluarga dan rakan tertuduh yang tiba seawal jam 8 pagi.

Bagaimanapun, menurut laporan BH Online, semua mereka termasuk wartawan tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah bagi mendengar prosiding pendakwaan, sebaliknya hanya dibenarkan berada di luar kawasan berkenaan.

Semua tertuduh yang berusia antara 25 hingga 54 tahun didakwa mengikut Seksyen 130v (1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa terbabit dalam jenayah terancang Geng 36 di Negeri Sembilan antara 1 Januari 2015 hingga 29 Mac tahun ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Mei depan dan semua tertuduh dihantar ke Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, manakala hanya 10 daripada tertuduh diwakili peguam termasuk B Jayaprakash Rao, Paul Krishnaraja and S Thevar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");