Jenayah

62 Maut Minum Arak Buatan Sendiri

BANDUNG: Lebih 60 maut di Indonesia dan puluhan lagi dimasukkan ke hospital selepas meminum alkohol buatan sendiri, kata pihak berkuasa semalam, dengan bilangannya dilaporkan semakin bertambah.

Polis melakukan serbuan di beberapa bandar raya seluruh negara itu untuk menahan vendor yang menjual arak murah buatan sendiri.

Kebanyakan penduduk Indonesia mengamalkan Islam secara sederhana dan alkohol cuma boleh didapati di bandar raya besar.

Namun cukai tinggi menjadikan ia mahal yang mendorong pekerja bergaji rendah beralih mendapatkan alkohol buatan sendiri yang berpotensi membahayakan nyawa.

Pada 2016, 36 meninggal dunia di Jawa Tengah selepas meminum arak buatan sendiri.

Dalam kejadian terbaru, bilangan kematian, termasuk lapan di Papua, bertambah sejak minggu lalu dengan angka korban mencecah 62 hari ini, menurut polis dan sumber hospital di Jawa Barat.

Tujuh ditahan kerana menjual alkohol haram, termasuk seorang lelaki di Jawa Barat yang mencampurkan bahan menghalau nyamuk ke dalam ramuan alkohol buatan sendiri.

“Dia mencampurkan alkohol asli dengan ginseng, ubat batuk dan bahan menghalau nyamuk,” kata ketua polis tempatan, Agung Budi Maryoto, pada sidang akhbar hari ini lapor AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");