Berita Hari Ini

8 Muka Baru, 9 Digugurkan Dalam Senarai Calon DAP Pulau Pinang

DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan lapan muka baru dalam senarai calon untuk pilihan raya umum ke-14, dengan dua ahli Parlimen, dua anggota exco negeri, dan lima penyandangnya digugurkan.

Sambil menggesa mereka bersedia berdepan pilihan raya umum ke-14, Setiausaha Agung DAP, Lim guan Eng berkata mereka adalah pasukan yang juga bukan sahaja “mesti membantu kita memenangi Pulau Pinang tetapi juga Putrajaya”.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, yang membuat pengumuman calon itu, menyatakan bahawa penyandang kekal di 13 kerusi.

Parti itu meletakkan calon untuk tujuh kerusi parlimen dan 19 kerusi DUN dalam PRU14, lima daripadanya adalah wanita.

Pegawai khas Guan Eng, Heng Lee Lee dan adik perempuannya, Setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying, adalah antara merupakan muka baru, bersama-sama dengan ahli majlis tempatan, Syerleena Abdul Rashid, Joseph Ng, Satees Muniandy, H’ng Mooi Lye, Ong Ah Teong, dan Daniel Gooi, pegawai khas kepada Jagdeep Singh Deo.

Mereka yang digugurkan termasuk dua ahli exco negeri, Lim Hock Seng (Bagan Jermal), yang memegang portfolio kerja raya, pengangkutan dan utiliti, serta Danny Law (Batu Lancang), yang memegang portfolio pelancongan.

Dua anggota parlimen yang digugurkanialah Jeff Ooi (Jelutong) dan Ng Wei Aik (Tanjong) manakala A Thanasekran (Bagan Dalam) dan Lau Keng Ee (Pengkalan Kota) tidak akan mempertahankan kerusi mereka setelah berkhidmat selama dua penggal.

Yang lain yang digugurkan termasuk Yap Soo Huey (Pulau Tikus), Lydia Ong (Berapit), dan Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah). Teh telah meninggalkan parti dan akan bertanding di Sungai Pinang di bawah tiket PSM.

Pemimpin DAP yang berpindah ke kerusi baru termasuk RSN Rayer, dari DUN Seri Delima ke Parlimen Jelutong; Zairil Khir Johari, dari kerusi parlimen Bukit Bendera ke kerusi DUN Tanjung Bungah; dan Soon Lip Chee, dari Jawi ke Bagan Jermal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");