Panasnya Hari Ini

9 Mei Tarikh Mengundi PRU14

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 9 Mei sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 April ini.

Malah katanya, SPR juga memutuskan tarikh 5 Mei untuk hari pengundian awal dan tempoh berkempen untuk PRU-14 kali ini adalah selama 11 hari bermula pada hari Penamaan Calon sehingga pukul 11.59 malam 8 Mei 2018.

“Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima Perisytiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Parlimen Penggal Ke -13 pada 7 April 2018 dan diikuti oleh pemakluman rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat berhubung dengan Pembubaran Parlimen Penggal Ke-13 serta Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi semua Negeri dan DUN-DUN bagi semua Negeri.

“Sehubungan dengan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas berkaitannya pada hari ini dan menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Umum Ke-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Pembubaran Parlimen,” katanya pada sidang media khas PRU14 di Menara SPR, disini hari ini.

Mohd. Hashim berkata, SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi tujuan penyelenggaraan proses sepanjang tempoh PRU14.

Malah, SPR juga menubuhkan 445 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

“Pada pilihan raya ini, seramai 259,391 orang petugas dilantik daripada kalangan orang awam untuk pengendalian proses PRU-14. Manakala sebanyak 8,989 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 28,995 Tempat Mengundi (Saluran) dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM500 juta,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");