Perak Hari Ini

Abdul Puhat, Setiausaha Kerajaan Negeri Paling Cemerlang Perak Pernah Miliki-MB Perak

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan kerana telah tujuh tahun mengalas tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dengan begitu baik.

Zambry berkata Abdul Puhat melaksanakan begitu komited dengan tugasnya yang pada mulanya hadir ke Negeri Perak sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) seterusnya mengalas tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sejak tahun 2011 sehingga kini.

Abdul Puhat difahamkan telah mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan selaku Setiausaha Kerajaan Negeri secara rasmi pada Isnin ini.

“Saya mengakui bahawa Kerajaan Negeri pastinya kehilangan dan merindui perilaku serta corak kerjanya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan begitu berkaliber dalam menjalankan tanggungjawab.

“Semasa Datuk Puhat melaksanakan tugas di Perak saya merasakan ada keserasian ada pertalian yang begitu erat kerana kita datang dari latar belakang yang sama juga matlamat sama untuk membangunkan Negeri Perak yang tercinta.

Secara peribadinya Zambry turut mengakui cukup selesa bersama-sama pasukan disertai Abdul Puhat  yang berperanan menjadi penyelesai kepada apa sahaja permasalahan yang timbul.

“Tujuh tahun dan belia masih berada bersama kita dan kemudiaan beliau akan pergi ke dunia baru, saya tak boleh umumkan tetapi kita doakan perjalanannya akan terus berjaya dalam apa sahaja bidang beliau ceburi kelak usia 60 tahun bukan satu usia sudahpun berada dalam lingkungan orang tua sesetengah orang bercakap hidup bermula pada usia 40 tahun.

“Mengenangkan perkhidmatan yang cemerlang disumbangkan oleh Datuk Seri Abdul Puhat saya rasa kita semua bersetuju bahawa beliau antara setiausaha Kerajaan Negeri paling cemerlang Perak pernah miliki,” katanya semasa berucap dihadapan sekitar 200 orang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah di Jabatan Kerajaan Negeri dalam majlis penghargaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Casuarina@Meru di sini hari ini.

Turut hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli,Pegawai Kewangan Negeri Perak Datuk Mohd Ghazali Jalal dan Barisan exco kerajaan Negeri.

Pada akhir ucapan Zambry berkata kenangan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama Abdul Puhat pastinya akan menjadi akan dijadikan kenangan indah dalam membentuk erti kehidupan sekaligus menjadi falsafah hidup setelah memberikan yang terbaik kepada negeri.

Sementara itu, semasa menyampaikan ucapan Abdul Puhat mengakui pelbagai cabaran yang ditempoh olehnya semasa mengalas tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri

“Angka tujuh sinonim dengan saya apabila datang ke Perak pada tahun 1957, dikeluarkan daripada Perak 2007 kemudian balik dan disarakan pada tahun 2017 kemudian balik ke kawasan balik berkhidmat di kampung atas jawatan apa tak tahu mungkin jawatankuasa khas (JKK),” katanya dalam nada gurauan.

Semasa berkongsi pengalamannya Abdul Puhat mengakui tidak pernah bercuti selama tujuh tahun semasa berkhidmat di Majlis Sukan Negeri termasuk Sabtu dan Ahad.

“Semasa saya memegang jawatan sebagai Pengarah MSN Perak berada dikedudukan ke-12 saya panggil semua kakitangan dan saya katakan dalam masa tiga tahun kita mesti berada di tangga ke lima dan berjuang untuk tangga dua serta tiga.

“Tetapi saya bertuah ada kakitangan yang sudi bekerja dengan saya malah pada Sabtu, Ahad tidak bercuti kerana Sabtu Ahad atlet akan balik untuk berlatih jadi tidak ada cuti kita ubah tukar sistem cuti pada hari Isnin jadi tujuh tahun kita buat,” katanya.

Jelasnya lagi,pelbagai cabaran ditempuh antaranya kejadian kemarau yang teruk pada tahun 2011, masalah banjir di Perak Tengah dan pelbagai kejadian yang tidak diduga sering berlaku pada waktu tengah malam.

“Saya tidak berani menutup telefon pada waktu malam dan saya telah ingatkan pegawai negeri supaya sentiasa bersedia menerima panggilan pada setiap masa.

“Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua terutama keluarga saya dan kepada kakitangan SUK serta tak dilupakan kepada Menteri Besar yang banyak membimbing saya,” katanya pada akhir ucapannya.

Terdahulu, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan telah memulakan kerjaya bersama Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1980 hingga 1982 seterusya pada tahun 1984 beliau menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik dan memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pengarah sebagai Bahagian perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam dari 1984 hingga 1887 bertukar di Perak mengalas tugas di Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) 1987 hingga 1983 serta mengalas tugas selaku Setiausaha Kerajaan Negeri pada tahun 2011 hingga kini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");