Membawang Hari Ini

AC Mizal Begang Beg Bagasi Rosak 

KUALA LUMPUR: Isu kerosakan beg bagasi sudah selalu didengar terutama yang menggunakan perkhidmatan penerbangan.

Kali ini kecoh lagi apabila seorang pengacara dan penyanyi terkenal Datuk Ac Mizal menyuarakan kekecewaannya dengan perkhidmatan satu syarikat penerbangan terkemuka apabila bagasinya yang dibungkus plastik itu rosak.

Menerusi video berdurasi 2.32 minit itu Ac Mizal telah menunjukkan keadaan beg bagasinya yang rosak setelah menaiki penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Saya betul betul frust gila dengan Airline AIR ASIA…… #airlinemurahpunah please respect your customer and our property!Customer Service Air Asia sungguh kurang ajar dan tak membantu langsung!,” tulisnya di laman sosial Facebook Dato Ac Mizal Dac malam semalam.

Menerusi video tersebut Ac Mizal turut mempertikaikan tindakan kaunter perkhidmatan pelanggan yang tidak membantu.

“Saya terpaksa beli bagasi baru bagaimana bagasi baru saya adakah akan sama seperti ini?,soalnya menerusi vedio yang tular dan dikongsi lebih 6,000 pengguna Facebook sejak semalam.

Terdahulu syarikat penerbangan itu difahamkan melaksanakan ‘kempen’ kiss the bag yang dilancarkan petugas bagasi dengan lebih baik namun mengapa masih berlaku lagi?

Adakah ia  hanya ‘drama’ dan apa yang lebih penting adalah insiden yang sama sepatutnya tidak berulang pada masa depan hingga boleh menghilangkan kepercayaan pengguna.?

 

 

https://www.facebook.com/ac.mizal/posts/10156413639024759

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");