Berita Hari Ini

Aceh Mansuh Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

BANDA ACEH: Wilayah Aceh tidak akan menjalankan hukuman sebat di khalayak ramai atau membenarkan hukuman seumpama itu dirakamkan, kata ketua kerajaan hari ini.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengamalkan undang-undang Syariah dan melaksanakan hukuman sebat untuk jenayah seperti mencuri, judi dan zina.

Pada 2014, wilayah itu mengharamkan amalan homoseksual.

Langkah mengehadkan akses itu dibuat hampir setahun selepas dua lelaki yang disabitkan melakukan hubungan seks disebat di depan orang ramai dan imej hukuman mereka disiarkan dan dimuat naik di internet, mengundang kritikan antarabangsa.

“Banduan sudah dihukum sekali, tetapi jika dirakamkan dan dimuat naik ke YouTube, beliau dihukum seumur hidup dengan imej itu,” kata gabenor Aceh, Irwandi Yusuf, yang mengeluarkan perintah kuasa mengubah peraturan berkenaan, kepada wartawan, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Beliau menambah, kanak-kanak tidak akan dibenarkan lagi menyaksikan hukuman berat.

“Bayangkan jika kanak-kanak menyaksikan hukuman dan orang ramai bertepuk tangan. Adakan itu maknanya hukum Islam,” kata Irwandi.

Sebatan di khalayak diperkenalkan di Aceh pada 2005 dan disokong ramai penduduk wilayah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");