Perak Hari Ini

Ahli PPBM Kuala Kangsar Tolak Calon Amanah Di Dun Manong

KUALA KANGSAR: Ahli dan bekas Ahli Jawatankuasa Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Kuala Kangsar membantah dan menolak keras pencalonan calon Amanah Padang Rengas, Isa Jaafar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong pada pilihan raya umum ke-14.

Bekas Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kuala Kangsar, Amir Hashim Yot berkata pencalonan Isa itu diibaratkan seperti ‘calon terjun’ bagi kerusi tersebut dan tidak dikenali oleh pengundi kawasan Manong sendiri.

“Sebelum ini kami telah membuat bantahan dan menolak calon yang dicadangkan oleh Pengerusi PPBM Perak Ahmad Faizal Azumu yang mencalonkan Jamaluddin Mohd Yusop iaitu Ketua Bahagian PPBM Sungai Siput di Dun Manong.

“Kami mahukan ahli-ahli akar umbi PPBM Bahagian Kuala Kangsar memilih dan menentukan calon mereka sebagai wakil rakyat, dan bukannya datang daripada Badan Kepimpinan PPBM negeri dan pusat,” katanya dalam satu sidang media di Sayong Resort di sini hari ini.

Berikutan calon mereka PPBM tidak terpilih selaku pengundi tegar dan penggerak awal sejak tertubuhnya PPBM di Kuala Kangsar merasa terhina dan terkilan dengan pencalonan wakil Amanah itu.

“Dun Manong berpotensi untuk dimenangi tetapi Isa Jaafar dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan rata-rata pengundi khususnya Dun Manong tidak mengenali beliau dan tidak mendapat sokongan akar umbi daripada komponen Pakatan Harapan iaitu PKR dan DAP.

“PPBM Bahagian Kuala Kangsar terpinggir dan hak mutlak kerusi PPBM calon Dun Manong telah dicabuli.Isa Jaafar yang menjadi ahli biasa PPBM secara mendadak dan dalam masa yang singkat telah diangkat sebagai calon.

“Isa Jaafar yang sebelum ini pernah menjadi ahli UMNO dan lompat ke Parti Keadilan Malaysia (PKR) sebagai ketua cabang Padang Rengas serta dalam waktu yang sama sebagai bendahari amanah bahagian Kuala Kangsar seterusnya kini ahli biasa PPBM dan terus bolos sebagai calon PPBM Dun Manong,” katanya.

Berikutan itu tegasnya, ribuan ahli,penyokong PPBM selaku pengundi Dun Manong yang turut disifatkan sebagai jentera PPBM “hardcore” tidak akan mengundi dan akan membantu pihak yang bersama pihak yang menolak calon tersebut.

“Saya ingatkan kepada pucuk pimpinan PPBM dan Amanah jangan main langgar begitu sahaja kerana kami pengundi di Parlimen Kuala Kangsar.Kami ada waris,sanak saudara dan sahabat handai yang mengundi di Kuala Kangsar.

“Walaupun calon telah dipilih dan proses berkempen telah dimulakan tetapi kami menolak terus calon ini terpulang kepada pengundi memilih atau tidak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");