Berita Hari Ini

Akta Antiberita Tidak Benar Bukan Strategi PRU14: Azalina

KOTA TINGGI: Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan bukanlah strategi kerajaan untuk hadapi PRU14.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, akta berkenaan adalah untuk perlindungan rakyat dan maslahah umum.

“Undang-undang ini bukan satu undang-undang yang menafikan hak untuk bersuara saya tekankan ianya untuk maslahah umum supaya rakyat dapat perlindungan.

“Kalau kerajaan ada niat nak letakkan undang-undang ini sebagai undang-undang yang memberikan strategi PRU, beri kekuatan kepada kerajaan, kenapa perlu diberikan kuasa menentukan berita itu palsu atau tidak kepada mahkamah?

“Kenapa tidak kerajaan bawa undang-undang ini dan letakkan menteri atau kerajaan, agensi sebagai kata putus berita itu benar atau tidak,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Mahkamah Baharu Pengerang, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Hadir sama, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jalil Marzuki, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Hasbi Hassan, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Jabatan Kerja Raya, Ir Muhammad Azman Jamrus.

Azalina berkata, undang-undang berkenaan membantu mengeluarkan berita palsu dari platform media sosial.

Katanya, seperti mana yang beliau terangkan dalam Parlimen bahawa undang-undang berkenaan akan meletakkan keutamaan kepada rakyat.

“Kita tahu rakyat yang jadi mangsa berita palsu perlu mendapatkan perlindungan dan undang-undang ini tidak wujud eksklusif di mana ada juga undang-undang lain Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), yang masih boleh berjalan tertakluk yang wajar dipakai dalam kes-kes tertentu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");