Perak Hari Ini

Aktivis Patutnya Berterima Kasih, Tapi Saya Yang Kena Balik- Ds Zambry

MANJUNG: “Pihak aktivis atau golongan pencinta alam patut berterima kasih kerana saya menyelamatkan kawasan itu tetapi sebaliknya ia telah digambarkan seolah-olah saya telah merosakkannya,” demikian keluh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mengulas mengenai isu pewartaan tanah rizab Hutan Simpan Kekal.

Menurut Zambry, disebabkan musim pilihan raya maka banyak pihak mengambil kesempatan untuk mencipta isu bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN)

Malah, beliau turut mengakui sentiasa mengambil pendekatan dengan tidak memberikan reaksi negatif terhadap sebarang pandangan serta dakwaan tidak berasas.

Katanya pelbagai dakwaan dan maklumat tersebar melalui sosial media dan aplikasi WhatsApp terutama menjelang musim pilihan raya umum (PRU).

“Saya mengambil pendekatan untuk tidak memberikan reaksi negatif terhadap sebarang pandangan walaupun saya tahu dalam Whatsapp saya dengar macam-macam serta disambung juga kepada saya tetapi bagus begitu apabila disambungkan kepada saya begitu yang mana benda dan tak betul saya boleh minta diperbetulkan maklumat,” katanya ketika menyampaikan ucapan semasa majlis minum petang bersama veteran dan bekas tentera Persatuan Veteran  Tentera Malaysia (PVATM) di Hotel Ritz Garden di sini hari ini.

Kata Zambry lagi, dunia siber kini pelbagai pihak berhadapan cabaran menepis dakwaan sekaligus perlu berusaha membetulkan maklumat yang tidak tepat.

“Saya beri contohlah dulu dengar kita membenarkan pengambilan pasir di satu sungai di Segari walhal keputusan Jabatan Pengairan Saliran untuk buka muara yang tersekat supaya air keluar ke laut namun dijadikan isu yang besar,” katanya.

Malah katanya yang terbaru adalah dakwaan mengenai pewartaan tanah yang dikatakan mengalami pengurangan melibatkan hutan simpan di negeri ini.

“Seolah-olah digambarkan begitu membuktikan pewartaan hutan simpan sebenar, bila tunjukkan begitu orang akan percaya dan seluruh negara hantar pada saya dan bertanyakan apa yang telah saya lakukan..saya pun tertanya betul atau tidak keluar pewartaan jumlah sedemikian.

“Rupanya setelah disemak keputusan yang dibuat pada tahun 1998 dan diberikan kepada rakyat yang duduk di perkampungan itu lebih 40 tahun telah duduk di situ dan telah dikeluarkan daripada pewartaan hutan simpan kerana telah dihuni oleh penduduk.

“Rancangan tanah pertanian kelompok rakyat yang dibuat pada tahun 1998 namun pada tahun 2013 telah dilihat balik dan dikurangkan kawasan itu,” katanya ringkas.

Tegas Zambry, Perak merupakan satu-satunya negeri dalam Semenanjung Malaysia yang mengekalkan hutan simpan pada jumlah paling penting.

“Kita bukan hanya mengekalkan tetapi menambahkan lagi pengekalan hutan simpan kekal kita lebih daripada 60,000 ekar saya tambah lagi supaya dikekalkan sebagai hutan simpan kekal.

“Esok Ngeh akan buat kenyataan.. politik biasalah jika ada peluang hentam balun belasah dulu lepas itu belakang kira kadang-kadang menyakitkan dan mengambil masa menceritakan perkara sebenar pada rakyat,” katanya.

Kata Zambry lagi biarpun diasak dengan pelbagai dakwaan tugasnya selaku pemimpin negeri akan terus menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Dalam dunia siber kita didedahkan dengan cerita yang kadang kala perkara itu tak benar atau sebaliknya, aib macam-macam dihadapan walau bagaimanapun saya akan terus bekerja bagi memastikan negeri aman.

“Sebagai ketua saya tak boleh bertindak seperti beberapa watak diluar beraksi kalau saya ikut cara itu matilah habislah ketua sendiri mengeluarkan ayat sama jadi tiada beza malah sebagai manusia dan pemimpin saya tak cakap saya sempurna dalam perjalanan melakukan kebaikan ada kekurangaan dan perkara yang perlu diperbetulkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");