Isu Panas

Amanah Nak Sangat Nik Omar Sebab Nak Jadikan Umpan

KOTA BHARU: Pas berpandangan usaha Parti Amanah Negara (Amanah) yang terdesak memujuk anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Aziz menyertai partinya semata-mata untuk dijadikan umpan meraih sokongan rakyat Kelantan.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Amanah katanya ingin menggunakan pengaruh Allahyarham Nik Abdul Aziz, dengan memujuk Nik Omar menyertai partin itu dan memberikan ruang untuk beliau menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di Kelantan.

“Parti PAN (Amanah) tidak ada tarikan sebab tu terpaksa cari faktor tarikan Nik Omar, peluang yang ada digunakan sebagai umpan kepada pengundi hendak kaitkan dengan (Allahyarham) Nik Aziz .

“PAN tidak ada kekuatan politik sedangkan dalamnya ada Husam dan Wan Abdul Rahim, tetapi tidak mampu tarik sokongan” katanya selepas majlis perasmian pecah tanah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An Nisa di sini hari ini lapor Astro Awani.

Menurut Mohd Amar lagi, tindakan terdesak Amanah yang memujuk Nik Omar itu dilihat biadap kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga serta ibu kepada Nik Omar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak yang sudah melarang anaknya menyertai Amanah.

Baru-baru ini Nik Omar menegaskan beliau menolak pelawaan Amanah dan akan terus bersama dalam perjuangan Pas.

Anak kedua Allahyarham Nik Aziz itu turut tidak akan menjadi calon untuk Pakatan Harapan apatah lagi untuk menjadi sebahagian keluarga Amanah kerana ibunya melarang beliau berbuat demikian.

Sementara itu Mohd Amar turut memaklumkan penguguran calon lama dalam senarai calon Pas Kelantan merupakan amalan biasa selepas parti merasakan ada keperluan calon baru ditampilkan.

Katanya senarai calon Pas kali ini menyaksikan 30 peratus muka baru akan dipertaruhkan sebagai calon di kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri DUN di Kelantan.

Pas Kelantan dijangka mengumumkan nama calonnya pada 25 April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");