Berita Hari Ini

Amanah Umum 12 Calon Bakal Tanding Di Pahang

TEMERLOH — Pakatan Harapan (PH) menamakan pesara guru wanita Norhaizan Abu Hassan sebagai calon untuk menentang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, sekiranya beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ceramah Bina Semula Negara dan Felda di perkarangan Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang di Taman Chengal di sini, hari ini.

Selain Norhaizan, Dr Mahathir menamakan 11 pemimpin parti bertanding di satu kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir menjadi satu-satunya wakil parti itu yang bertanding di kerusi Parlimen, iaitu bagi Parlimen Temerloh. Beliau sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas di DUN Perlis, namun tewas.

Manakala bagi kerusi DUN, selain Norhaizan, wakil Amanah ialah pengerusi negeri Dr Hamzah Jaaffar yang akan bertanding di Dong, Timbalan Pengerusi negeri Syed Hamid Syed Mohamed (Semantan), Naib Pengerusi 1 Pahang Dr Jamaluddin Abd Rahim (Pulau Tawar) dan Naib Pengerusi 2 Pahang Ahmad Sazili Mohd Nor (Tioman).

Turut bertanding ialah Naib Pengerusi 3 Pahang Zulkifli Mohamed (Beserah), Ketua Pemuda Pahang Nur Addin Ibrahim (Lepar), Setiausaha Angkatan Wanita Pahang Sabrina Md Yusoff (Tanjung Lumpur), Pengerusi Biro Kebajikan Pahang Jelani Ludin (Jengka), Timbalan Amanah Kawasan Kuala Krau Adnan Abdul Manaf (Kerdau) dan Exco Pemuda Pahang Ahmad Majdi Abd Aziz (Guai)

Turut hadir pada program malam ini Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");