Sukan Hari Ini

‘Angkat Berat Perlu Disenarai Semula Sebagai Sukan Teras’

SEPANG: Pengurus skuad angkat berat kebangsaan Amirul Hamizan Ibrahim menggesa Majlis Sukan Negara (MSN) untuk kembali menyenaraikan angkat berat sebagai sebahagian daripada sukan teras kebangsaan.

Beliau berkata jika tidak, ia akan menjadi kerugian buat negara dan dikhuatiri segala program pembangunan di negeri akan menjadi sia-sia.

“Kalau diikutkan, dengan pencapaian atlet angkat berat pada temasya kali ini, memang wajib dimasukkan semula kerana kita mempunyai banyak program pembangunan yang berkesan,” katanya ketika ditemui Bernama, sebaik tiba bersama skuad angkat berat di KLIA2awal pagi ini selepas mewakili negara pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast.

Dua atlet kebangsaan, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin mencipta sejarah meraih emas pertama dan kedua masing-masing dalam kategori 56kg dengan jumlah angkatan 261kg dan 62kg selepas membuat angkatan keseluruhan 288kg, masing-masing 126kg bagi acara snatch dan 162kg bagi acara clean & jerk.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Lembaga Pengurus MSN memutuskan untuk menggugurkan angkat berat daripada program sukan teras berikutan timbul isu penyalahgunaan bahan terlarang.

Sementara itu, Azroy Hazal berkata kejayaan yang dilakarkan pada temasya itu baru-baru ini hanyalah permulaan dan beliau akan meneruskan kesinambungan prestasi cemerlangnya pada Sukan Asia Jakarta, Ogos depan.

“Saya ingin memecahkan rekod kebangsaan yang dipegang pengurus, Amirul bagi kategori 56kg iaitu 265kg pada Sukan Asia akan datang…jadi saya akan cuba lakukan angkatan 266kg di Jakarta nanti,” katanya.

Beliau berkata semangatnya semakin memuncak untuk menghadapi Sukan Asia kerana ia juga bakal menjadi medan untuknya mengumpul mata bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Saya mahu layak ke Sukan Olimpik secara merit, jadi Sukan Asia nanti adalah peluang terbaik buat saya kumpulkan mata serta pada Kejohanan Dunia November depan,” kata Azroy Hezal.

Selain Azroy Hezal dan Mohamad Aznil, skuad angkat berat turut menerima tambahan koleksi pingat gangsa hasil sumbangan Mohamad Fazrul Azrie Mohdad yang bertanding dalam kategori 85kg.

Untuk rekod, prestasi terbaik skuad angkat berat adalah pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India, apabila pasukan kebangsaan ketika itu meraih dua emas, satu perak dan dua gangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");