Sukan Hari Ini

Badminton: Emas Dalam Capaian Skuad Berpasukan Campuran

PEMAIN-PEMAIN badminton negara, terutama Datuk Lee Chong Wei, sudah bersedia dalam perebutan pingat emas badminton berpasukan campuran menentang India, semuanya kerana ujian sebenar yang dilalui dalam separuh akhir menentang England dalam Sukan Komanwel Gold Coast.

Selepas mengharungi lima perlawanan dalam kempen berpasukan campuran, Chong Wei akhirnya berupaya mengerah keringat.

Meskipun memutlakkan kemenangan Malaysia dalam separuh akhir menentang England hasil keputusan straight set berdepan Rajiv Ouseph, Chong Wei menyifatkan lawannya itu menampilkan aksi berkualiti.

“Selama beberapa hari ini di sini, hari ini (semalam) adalah paling sukar. Ia bagus kerana boleh rasa penat sedikit.

“Kami akan bertemu India dan saya mempunyai rekod yang baik menentang mereka. Saya perlu fokus kepada prestasi saya,” kata Chong Wei, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Dalam perlawanan akhir, Chong Wei dijangka mencongak perhitungan dengan pemain ranking kedua dunia, K. Srikanth.

Bagaimanapun, kali terakhir Chong Wei beraksi dengan bintang India ini adalah dalam kejohanan Piala Sudirman 2015.

“Sudah lama saya tidak bertemunya. Dia seorang pemain muda. Saya akan membuat persediaan rapi, termasuk dalam aspek taktikal,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");