Perak Hari Ini

Bariatrik Bukan Langkah Awal Rawat Obesiti – Dr Mah Hang Soon

IPOH: Semenjak diwujudkan pada 2014, Klinik Bariatrik, Jabatan Pembedahan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah berjaya melakukan 70 pembedahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, seramai 1,685 orang dari seluruh negeri telah berdaftar di klinik tersebut bagi mendapatkan rawatan.

Ujarnya, beliau menyambut baik inisiatif tersebut yang mana ianya dapat membantu penghidap-penghidap obesiti di negara ini menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, Hang Soon berkata, pembedahan bariatrik bukanlah langkah awal yang patut diambil sebaliknya para penghidap obesiti harus cuba mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat terlebih dahulu dalam merawat penyakit tersebut.

“Kajian menunjukkan di rantau Asia ini, negara kita adalah yang teramai menghidap penyakit obesiti.

“Mengikut perangkaan tempatan ‘National Health and Morbidity Survey 2015’, 5.7 juta  orang dewasa berumur 18 tahun ke atas, adalah obes. Manakala 6.3 juta adalah pre-obes.

“Untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kajian menunjukkan 1 juta dikalangan mereka adalah obes,” katanya kepada media selepas merasmikan Simposium Obesiti Kali Ke-5 di HRPB, dekat sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut tentang program tersebut, Hang Soon berkata ia diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang gejala obesiti selain diselitkan dengan sesi perkongsian oleh bekas-bekas pesakit yang telah berjaya menerima rawatan bariatrik.

Salah seorangnya ialah, Daniel Thexeria, 47 yang mana mengakui pembedahan tersebut berjaya membantu dirinya mengurangkan berat badan dari 140 kilogram kepada 62 kilogram.

Katanya, selepas rawatan berjaya dilakukan pada September 2016, selain obesiti, penyakit lain yang dihidapinya seperti tekanan darah tinggi, saluran darah tersumbat, serta kadar bacaan gula dalam darah yang tinggi, mula beransur-ansur pulih dan terkawal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");