Perak Hari Ini

Bayar Deposit Kempen Pada PBT, PKR Mahu Penjelasan

IPOH:Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak (PKR) meminta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung pembayaran deposit dan permit pengiklanan pilihan raya yang perlu dijelaskan oleh calon kepada dua agensi tersebut.

Calon PKR bagi Kerusi Simpang Pulai, Tan Kar Hing berkata sebelum ini parti politik cuma perlu membayar kepada pihak SPR sahaja namum bagi kali ini deposit untuk berkempen perlu dijelaskan kepada pihak PBT di setiap kawasan calon yang bertanding.

“Peraturan baru bagi pilihan raya ini tidak pernah muncul dan menyusahkan parti politik yang ingin bertanding terutama pihak Pakatan Harapan.

“Selama ini kita tahu jika ingin jadi calon kena berurusan dengan SPR sahaja pembayaran hanya untuk deposit bahan kempen dan deposit untuk SPR malah pembayaran bagi Parlimen dan DUN berbeza, deposit juga akan dikembalikan sekiranya melepasi tahap ditetapkan.

“Namun kita dikejutkan dengan satu peraturan baru yang tidak dimaklumkan kepada parti politik seperti Pakatan Harapan sehinggalah kami berurusan dengan pihak SPR semalam,calon kini perlu sendiri berurusan dengan pihak PBT di lokasi calon akan bertanding,” katanya dalam satunada sidang media di Bangunan Gerakan Utama PKR Perak hari ini.

Katanya bayaran juga dikenakan secara berbeza mengikut PBT setiap kawasan.

“Contohnya di Ipoh, parti politik perlu membayar RM6,000 iaitu RM2,000 adalah permit dan RM4,000 sebagai deposit jadi timbul dua masalah apabila ia tidak dimaklumkan awal sebelum ini dan perkara baru ini menyusahkan kerana ada dua kali bayaran,” katanya.

Sementara itu bagi Timbalan Pengerusi PKR Negeri Perak, Dr Lee Boon Chye pembayaran deposit bahan kempen sepatutnya hanya didalam bidang kuasa SPR dan bukannya kepada PBT.

“Pembayaran bagi bahan kempen untuk Parlimen adalah berjumlah RM5,000 dilunaskan menjelang penamaan calon dan syarat wajib malah wang deposit bahan kempen akan hilang sekiranya bahan kempen tidak dibersihkan selepas pilihan raya.

“Namun sekarang ada pertindihan dari segi deposit bahan kempen iaitu SPR ada mengenakan bayaran begitu juga PBT ia telah menjadi beban dan satu tindakan tidak adil malah sepanjang masa kita ada sesi dialog bersama SPR namun tak pernah dibangkitkan.

“Malah tempoh menghantar borang juga tidak tetap berbeza dengan PBT tiada arahan jelas menyukarkan calon untuk melakukan persediaan berkempen,” katanya.

Pada sidang media yang sama,PKR Perak turut menyifatkan Kerajaan dibawah Barisan Nasional (BN) seolah ketakutan dan menyembunyikann sesuatu apabila tidak membenarkan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan negara luar terpilih menjadi pemerhati.

“Suhakam telah dihalang dan tidak dibenarkan menjadi pemerhati dalam pilihan raya umum kali ini adalah satu tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

“Sebelum ini dimana-mana pilihan raya umum memang ada pemerhati yang berkecuali terlibat untuk memantau pengendalian pilihan raya supaya ia dijalankan secara adil dan bebas, bukan setakat pemerhati dalam negara juga luar negara namun setakat ini hanya tiga pemerhati antarabangsa yang disifatkan tidak terkenal  sebagai negeri demokrasi dipilih.

“Kalau Suhakam yang ditubuhkan bawah akta Parlimen sendiri di Malaysia tidak dibenarkan menjadi pemerhati apakah yang SPR kerajaan sembunyikan pada PRU kali ini?,”soalnya.

Katanya antara negara yang dipilih ialah Azerbaijan dan Myanmar yang merupakan negara tidak mengamalkan sistem demokrasi.

“Tindakan mengejutkan adakah BN dalam ketakutan iaitu takut kalah dalam pilihan raya yang akan lakukan apa sahaja untuk mencuri dalam pilihan raya kali ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");