Berita Hari Ini

Belia Jangan Ulangi Kesilapan Brexit

KUALA LUMPUR: Golongan muda di negara ini perlu belajar daripada kesilapan rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan akhirnya menyesali tindakan berkenaan.

Pakar Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan, berkata ramai orang muda terpengaruh dengan pelbagai janji manis kumpulan `Brexiters’ yang menggerakkan referendum Britain keluar EU.

Katanya, keadaan itu dibimbangi berlaku di negara ini apabila golongan muda terpengaruh dengan pelbagai janji manis pembangkang dalam manifesto mereka menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei ini.

Beliau berkata, manifesto pembangkang memang menarik tetapi tidak akan dilaksanakan berbanding aku janji Barisan Nasional (BN) yang ditunaikan termasuk manifesto dalam PRU-13 yang hampir tercapai sepenuhnya.

“Undilah dengan kewarasan akal, jangan ikut emosi dan pilih parti menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, bukannya membunuh `karektor’ pemimpin seperti dilakukan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Jom Undi di Studio The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Jalan Riong, Bangsar, di sini, malam ini.

Program dikendalikan wartawan Mohd Nasaruddin Parzi turut menampilkan seorang lagi ahli panel iaitu EXCO Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara yang juga Ahli Parlimen Belia Malaysia, Khairi Syafiq Nan.

Azmi yang juga penganalisis politik berkata, BN juga perlu menggunakan pendekatan bijak untuk menarik undi generasi muda dengan tidak menggunakan fakta sejarah dan cerita politik semata-mata.

“Ramai generasi muda sebenarnya `kendur’ dengan cerita politik dan sejarah, sebaliknya mereka mahu kerajaan yang mampu memberikan peluang pekerjaan dan faham kehendak orang muda,” katanya.

Sementara itu, Khairi Syafiq berkata, BN melakukan keputusan bijak apabila mencalonkan ramai anak muda dalam PRU-14 termasuk Shahril Sufian Hamdan, 33, di Parlimen Kuala Langat; Mohd Shahar Abdullah, 38, di kerusi Parlimen Paya Besar; dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, Lee Yee Yuan, 28.

Katanya, ini membuktikan BN mengutamakan anak muda kerana golongan berkenaan adalah penentu kemenangan dalam PRU-14, sekali gus menjadi pemimpin pelapis negara.

“Saya percaya Shahril percaturan terbaik merampas kerusi Parlimen Kuala Langat daripada pembangkang, begitu juga Yee Yuan, manakala Mohd Shahar mampu mengekalkan kerusi Paya Besar.

Dalam pada itu, Khairi Syafiq berkata, golongan muda seharusnya menyokong BN kerana kerajaan menyediakan peluang pekerjaan termasuk menerusi pogram MyApprenticeship yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang membuka peluang pekerjaan kepada sejuta belia, selain Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

“Jangan tersilap pilih kerana ia hanya mengundang musibah. BN adalah kerajaan terbaik untuk generasi muda kerana masa depan mereka sentiasa dilindungi dan dibela,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");